ubuntu muslim edition

UbuntuME adalah singkatan dari Ubuntu Muslim Edition. Ubuntu Muslim Edition adalah software bebas (free), sistem operasi open source yang berbasis distro popular Ubuntu Linux.

Apakah keistimewaan Ubuntu Muslim Edition ini? Ia adalah satu-satu sistem operasi di dunia yang mengintegrasikan perisian Islam seperti waktu solat peralatan pembelajaran Quran, penapisan kandungan internet dan lain-lain. Edisi istimewa ubuntu ini begitu unik dengan pembaikan GUI, skrin awal yang kemas, GDM login, kertas didnding berunsur Islam dan Firefox bookmark untuk komuniti Muslim.

Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah distribusi Linux yang popular saat ini, direkabentuk dengan tujuan untuk menggantikan Microsoft Windows sebagai sistem operasi yang paling banyak digunakan di dunia.

Ubuntu dibangunkan dari komponen yang keseluruhannya bersifat “open source”, dengan modifikasi utama untuk kemudahan penggunaan dan menghijrahkan pengguna komputer yang telah terbiasa menggunakan Microsoft Windows, sebagaimana boleh dilihat disini. Nama Ubuntu berasal dari Bahasa Zulu yang berarti kemanusiaan, yang telah meresap kedalam budaya masyarakat Afrika Selatan sebagai “penghargaan bagi setiap individu”.

Apa itu Ubuntu Muslim Edition?

Ubuntu Muslim Edition adalah kumpulan program yang memberi ciri Islamik bagi distribusi Ubuntu dengan menambahkan perisian Islami (jadual solat, program pembelajaran Alquran, penapisan kandungan internet, dll.) disamping mengubah penampilannya agar lebih tampak Islamik.

llogo1

llogo2

llogo3

llogo4

Mengapa dibuat “Muslim Edition”?

llogot

Ubuntu adalah distribusi yang canggih, mudah digunakan oleh pengguna awam, menyertakan aplikasi popular untuk Internet, perniagaan, pengolah gambar, dan video. Pengguna muslim tentu akan bersyukur bila distribusi ini sudah secara automatik mempunyai aplikasi Islami dan dokongan bantu lainnya.

zekt

Pemasangan

Mula-mula anda hendaklah memasang Ubuntu samada versi Ubuntu Feisty (7.04), Dapper (6.06) atau Edgy (6.10).

Anda boleh membaca tutorial ini untuk bantuan pemasangannya.

Muaturun Kunci Keselamatan (Secure Key)

UbuntuME disimpan di dalam secure APT repository, jadi anda perlu memuat-turunsebelum memasanya. Lakukan ini di terminal window

(Applications -> Accessories -> Terminal) dan masukkan command ini:
sudo gpg –keyserver pgp.mit.edu –recv-keys D64E21E8
sudo gpg –export –armor D64E21E8 | sudo apt-key add -

Tambah repositories

Buka fail /etc/apt/sources.list:

sudo gedit /etc/apt/sources.list

dan tambah baris ini di hujung fail:

# Ubuntu Muslim Edition deb http://www.ubuntume.com/repository feisty main
(gantikan ‘feisty’ dengan ‘edgy’ atau ‘dapper’ merujuk kepada versi yang anda gunakan)

Anda perlu enablekan ‘universe’ repository.
Uncomment baris berikut:

deb http://archive.ubuntu.com/ubuntu/ feisty universe
deb-src http://archive.ubuntu.com/ubuntu/ feisty universe

(gantikan ‘feisty’ dengan ‘edgy’ atau ‘dapper’ merujuk kepada versi yang anda gunakan)

Anda juga perlu enablekan ‘backports’ repository untuk memasang java 1.6 ; baris berikut (atau tambah jika belum ada):

deb http://archive.ubuntu.com/ubuntu/ feisty-backports main restricted universe multiverse
deb-src http://archive.ubuntu.com/ubuntu/ feisty-backports main restricted universe multiverse

(gantikan ‘feisty’ dengan ‘edgy’ atau ‘dapper’ merujuk kepada versi yang anda gunakan)

Simpan fail.

Update package cache
:

sudo apt-get update
apt-cache search ubuntume

Pasang Pakej
sudo apt-get install clamav
sudo apt-get install ubuntume

Selamat mencuba Linux Ubuntu Edisi Muslim!

-KREDIT TO ENCIK ZULKIPLY HARUN SEBAB DARI BELIAU LA AKU MULE BERJINAK2 DENGAN LINUX NI.-

Java???

Dalam Ubuntu ni dah sedie ade FireFox…tp maseh memerlukan beberape plugin…antarenye Sun Java…Nak install menatang ni mudah je…

1. Pegi applications>add/remove

2. Taip kan Sun Java kat ruangan search. (sile tick ’show unsupported applications’ & ’show commercial applications’)

3. Tekan enter…lepas tu akan kuar remind.klik kat enable component…

4. lepas tu klik OK…biarkan proses download bermula…

5. Dah abes je download, just follow je step2 yg ade.

6. Untuk menyatukan java ni dgn browser yg ade, masukkan command line ni kat terminal :

sudo apt-get install sun-java5-plugin

7. Lepas tu SIAP…yeay!!!

Nak mount harddisk kat ubuntu

aku nak tunjok macam mane nak mountkan partition windows kat ubuntu.

ok…mule2 skali kene buat directory kat mane partition tu boleh di available kan…hehehe…gi kat terminal. pastu buat step2 kat bawah ni :

1. katekan korang nak buat folder kat direktori /media :
sudo mkdir /media/hdb1

2. buat backup untuk configuration file :
sudo cp /etc/fstab /etc/fstab_backup

3. bukak fstab :
gksudo gedit /etc/fstab

4. tambahkan line bawah ni kat fstab :

/dev/hdb1 /media/windows ntfs umask=0222 0 0

p/s :  kalau partition tu dalam fat, gantikan ntfs tu dgn vfat…lepas tu umask=0000…umask=0000 utk membolehkan re-write kat partition fat…kalau partition ntfs tak boleh write.cume boleh read je…

korang kene tengok dulu partition tu di namekan sbg hda1 ke, hda2 ke, hdb1 ke etc…care nak tengok, gi kat system>administration>disks

Menyelamatkan data dengan menggunakan Ubuntu Dapper Drake

aku berjaye menyelamatkan data seorang rakan aku dengan menggunekan live cd ubuntu. ade kebaekan jgk ubuntu ni. memandangkan aku ni maseh boleh dikatekan newbie linux user, aku agak berbangge la jgk…hahahaha…